>

SAMAN SYARIKAT? KEPENTINGAN STATUS SYARIKAT SEBELUM MENYAMAN

saman syarikat, legal action against company, winding up company,

SAMAN SYARIKAT? KEPENTINGAN STATUS SYARIKAT SEBELUM MENYAMAN

Anda ingin menuntut hak anda dan berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat? Apa yang perlu anda ketahui? Apakah maklumat penting yang perlu anda tahu selain daripada jenis syarikat yang ingin anda saman? Apakah status syarikat?

1. Seperti yang telah kami kongsikan melalui rencana sebelum ini, untuk mendapat maklumat tentang jenis sesebuah syarikat itu adalah perkara yang penting sebelum kita mengambil sebarang langkah undang-undang terhadap sesebuah syarikat itu.

2. Selain daripada maklumat berkenaan dengan jenis syarikat yang ingin di saman, satu lagi perkara penting yang sangat-sangat perlu diberi perhatian adalah maklumat berkenaan dengan status syarikat. Status sesebuah syarikat di dalam konteks rencana ini, adalah status kewujudan sesebuah syarikat itu.

3. Mengapa mengetahui status sebuah syarikat itu sangat penting sebelum anda menyaman syarikat tersebut? Secara mudahnya ianya penting bagi maksud untuk memastikan bahawa syarikat yang hendak di saman itu masih wujud dan boleh di saman.

dormant companies, winding up companies, active companies, dissolved companies

JENIS STATUS SYARIKAT 

Syarikat Aktif (Active companies)

4. Syarikat yang berstatus aktif, di dalam konteks rencana ini, bermaksud syarikat tersebut masih wujud dan masih aktif menjalankan perniagaan. Anda boleh memfailkan saman terhadap syarikat dengan status ini dengan mudah.

Syarikat Dorman (Dormant companies)

5. Syarikat yang dorman pula bermaksud syarikat tersebut masih lagi wujud namun tidak lagi aktif menjalankan perniagaan. Undang-undang tidak menghalang anda untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesebuah syarikat yang dorman, namun terdapat risiko-risiko yang perlu difahami dan seterusnya diterima sekiranya ingin terus mengambil tindakan.

Syarikat Ditutup (Dissolved companies)

6. Syarikat yang ditutup bermaksud syarikat tersebut tidak lagi wujud. Terdapat pelbagai sebagai dan alasan kenapa sesebuah syarikat boleh ditutup. Anda tidak disaran untuk mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang bersatus ditutup.

Syarikat Digulungkan (Wound up companies)

7. Syarikat yang sedang digulungkan bermaksud syarikat tersebut masih wujud namun ianya di dalam proses penggulungan dan seterusnya penutupan. Penggulungan secara lazimnya berlaku apabila sesebuat syarikat itu tidak lagi mempu membayar hutang-hutang syarikat dan syarikat tersebut, samada digulungkan oleh pemiutang-pemiutang nya ataupun ia memilih untuk membuat penggulungan suka rela. 

8. Anda tidak boleh mengambil tindakan saman terhadap syarikat yang digulungkan melainkan anda mendapat kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

9. Setiap status sesebuah syarikat itu terdapat implikasi yang tersendiri apabila melibatkan sesuatu tindakan undang-undang. Jadi, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat peguam anda sebelum memulakan sebarang tindakan. 

Pembacaan lanjut: Kepentingan jenis syarikat.    

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut. 

status companies

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.