>

KENAPA PERLU KHIDMAT PEGUAM 2021

peguam 2021

KENAPA PERLU KHIDMAT PEGUAM UNTUK TAHUN 2021?

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi segenap lapisan masyarakat terutamanya dari segi ekonomi. Peningkatan kes-kes buang kerja, ditipu, gagal bayar sewa, cerai, ingkar kontrak dan perjanjian amat lah ketara. Apa yang patut dilakukan sekiranya kes-kes ini melibatkan kita? Di sini lah pentingnya kita mendapatkan khidmat peguam bagi tahun 2021. Kenapa?

UNTUK MEMAHAMI DAN MENGAPLIKASI PROSES & PROSEDUR

1. Di antara peranan peguam di tengah-tengah masyarakat adalah untuk memberikan kefahaman berkenaan dengan proses dan prosedur perundangan kepada yang memerlukan.

2. Dari satu sudut, individu yang mendapat khidmat perguam tidak perlu terlalu runsing untuk memahami proses dan prosedur sesuatu tindakan undang-undang kerana peguam yang dilantik akan menguruskannya bagi pihak beliau.

3. Sebagai contoh, sesuatu saman yang ingin difailkan ke Mahkamah, perlu mengikuti format yang ditetapkan. Ianya perlu difailkan mengikut bidang kuasa Mahkamah yang terbabit. Setiap jenis dan peringkat Mahkamah pula mempunyai bidang kuasa yang berlainan dan berbeza.

4. Bagi setiap saman atau apa-apa tindakan yang difailkan ke Mahkamah, terdapat ketetapan-ketetapan, proses dan prosedur yang perlu dipenuhi dan untuk memahami kesemua ketetapan, proses dan prosedur sesuatu tindakan tersebut tidaklah semudah yang disangka.

UNTUK MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG TERKINI

5. Peguam adalah pengamal undang-undang. Tidak boleh tidak, seorang peguam perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan berkenaan dengan sesuatu undang-undang yang diamalkannya dan sentiasa memastikan dirinya arif tentang perkembangan undang-undang yang terkini.

6. Kenapa? Ini adalah kerana undang-undang sentiasa berkembang dan tidak statik. Ianya berubah mengikut keperluan terkini dan mengikut tafsiran terbaru Mahkamah-Mahkamah tertinggi. 

7. Seorang individu yang mendapatkan khidmat peguam tidak perlu khuatir tentang perkembangan undang-undang kerana peranan seorang peguam juga adalah memastikan nasihat dan tindakan guaman yang dilaksanakan bagi pihak anak guamnya adalah berdasarkan perkembangan undang-undang yang terkini.


lawyer malaysia 2021


UNTUK MENYEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN MENGIKUT KETETAPAN UNDANG-UNDANG

8. Fungsi seorang peguam, selain daripada mewakili anak guamnya di Mahkamah, beliau juga bertanggung jawab menyediakan apa-apa sahaja dokumen-dokumen yang diperlukan oleh undang-undang dan juga Mahkamah, bagi membolehkan sesuatu tindakan undang-undang dijalankan.

9. Peguam bukan sahaja perlu menjadi pemidato yang petah dan bijak malah perlu menjadi seorang pengarang atau penulis yang baik.

10. Setiap dokumen Mahkamah bukan sahaja pula perlu disediakan mengikut format yang ditetapkan bahkan inti kandungannya juga perlu selaras dengan syarat-syarat yang diperlukan.

11. Sebagai contoh, kandungan sesuatu Saman Fitnah tidak sama dengan kandungan sesuatu Saman Kontrak. Malah setiap asas tindakan undang-undang mempunyai keperluan yang berbeza dan setiap keperluan ini perlu dipenuhi didalam inti kandungan saman tersebut.

UNTUK MEMASTIKAN TEMPOH MASA DIPATUHI     

12. Setiap dokumen atau proses sesuatu tindakan yang dimulakan di Mahkamah mempunyai tempoh masa untuk dipatuhi. 

13. Individu yang melantik peguam tidak perlu peningkan kepala tentang ketetapan-ketetapan tempoh masa ini. Peguam yang dilantik lazimnya sangat menitik beratkan tentang tempoh masa.

14. Ini kerana bukan sahaja kelewatan melakukan sesuatu tindakan atau memfailkan dokumen boleh menyebabkan sesuatu kes itu terjejas, malah mengambil sesuatu tindakan terlalu awal juga boleh menyebabkan kes dibatalkan.

UNTUK MENJIMATKAN KOS

15. Saya kira fungsi ini akan memeranjatkan orang awam. Bagaimana melantik peguam boleh menjimatkan kos sedangkan kos peguam sahaja kadangkala boleh mencecah belasan, puluhan bahkan ratusan ribu?

16. Sebenarnya intipati daripada fungsi-fungsi sebelum ini adalah ianya akan menjimatkan kos seseorang individu yang menggunakan peguam.

17. Untuk memahami proses dan prosedur undang-undang, bukan sahaja seorang individu itu perlu terlebih dahulu belajar tentang undang-undang bahkan buku-buku yang perlu dirujuk untuk memahami proses dan prosedur ini harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

18. Untuk seorang individu yang ingin mengikuti perkembangan undang-undang terkini, ianya bukan boleh didapati semudah membaca akhbar. Terdapat penghakiman-penghakiman yang perlu dirujuk. Puluhan kes direkodkan setiap hari dan untuk mendapatkan akses kepada kesemua kes-kes ini, individu tersebut perlu mengeluarkan wang ratusan ringgit setiap bulan untuk mendapatkannya.

19. Seorang individu yang ingin memulakan tindakan Mahkamah tanpa mengetahui proses, prosedur, format, inti kandungan dan tempoh masa yang diperlukan boleh menyebabkan kes beliau dibatalkan malah dikalahkan sewaktu proses bicara. 

20. Bukan sahaja apa yang ingin dituntut tidak dapat diperolehi, malah perlu pula membayar pelbagai kos yang mungkin boleh dielakkan sekiranya beliau mendapat khidmat peguam.

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.   


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.