>

KAJIAN KES FITNAH - DOULA MASHITAH LWN DR SAKINAH SULONG

kes fitnah doula masyitah lawan dr sakinah sulong

KAJIAN KES FITNAH : MASYITAH MD HASSAN v SAKINAH SULONG

KATA KUNCI : Saman Malu / Fitnah - Fitnah Media Sosial - Fitnah Facebook - Elemen Fitnah - Pembelaan Justifikasi - Ulasan yang Adil - Kelakuan atau Perilaku Saksi.

1. Selain kes Doula Masyitah terhadap Dr.Abdul Latif (boleh dibaca DI SINI), kes ini adalah di antara kes yang mendapat perhatian ramai terutamanya dikalangan pengguna media sosial. Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan alasan penghakiman untuk kes fitnah Doula Mas keatas Dr. Sakinah Sulong. Jadi apakah fakta-fakta yang relevan berkenaan dengan kes ini? Mengapakah Dr.Sakinah Sulong kalah di dalam kes fitnah ini? [Kemaskini Rayuan di Mahkamah Rayuan dan permohonan kebenaran untuk Rayuan di Mahkamah Persekutuan boleh dibaca diperenggan 12 dan 13 dibawah]

2. Alasan Penghakiman Mahkamah Tinggi bagi kes fitnah Doula Mas melawan Dr. Sakinah ini menarik untuk diberi perhatian di atas beberapa sebab. Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi telah memberikan penjelasan yang terperinci berkenaan dengan syarat-syarat sesuatu kes fitnah, pembelaan justifikasi dan ulasan yang adil dan yang paling penting adalah berkenaan perilaku (demeanor) seorang saksi di Mahkamah.

APA YANG BERLAKU DALAM KES INI?

3. Apa yang berlaku di dalam kes ini? Pada sekitar bulan februari 2018, seorang bayi yang dilahirkan melalui teknik Home Water Birth, telah meninggal dunia. 

4. Defendan, yang merupakan seorang doktor perubatan telah membuat dan menerbitkan beberapa posting melalui akaun facebook beliau yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang di dakwa oleh Plaintif, seorang Doula, sebagai fitnah. Plaintif seterusnya mengambil tindakan saman malu / fitnah di Mahkamah.

5. Kes ini diputuskan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor melalui proses bicara penuh. Di antara saksi-saksi yang memberi keterangan selain Plaintif dan Defendan, adalah Ibu dan Bapa kepada bayi yang meninggal dunia itu sendiri.

doula mashitah sakinah sulong

KEPUTUSAN DI MAHKAMAH TINGGI

6. Di dalam kes ini, Mahkamah Tinggi telah mendapati bahawa elemen-elemen fitnah telah berjaya dibuktikan dan Plaintif mendapat gantirugi sebanyak RM100,000.00 dan kos sebanyak RM30,000.00. Kes ini dijangka akan dibawa ke Mahkamah Rayuan untuk proses rayuan.

PERSOALAN UNDANG-UNDANG DAN DAPATAN KES

7. Di antara dapatan-dapatan menarik yang terdapat di dalam kes ini adalah seperti yang berikut:

i) Ujian atau penilaian Mahkamah terhadap sesuatu kenyataan samada ianya adalah Fitnah atau tidak adalah melalui penilaian samada kenyataan tersebut mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan (excite) Plaintif mendapat pandangan negatif daripada orang lain. 

Selain daripada itu Mahkamah akan menilai adakah kenyataan tersebut boleh menyebabkan Plaintif dipandang rendah oleh masyarakat secara umum. 
impak kenyataan fitnah terhadap persepsi masyarakat
Lazimnya sesuatu fitnah adalah serangan terhadap karakter seseorang itu dan mengaitkannya, samada kepada jenayah, ketidakjujuran, tidak benar, tidak berterima kasih atau kekejaman
Thus, the test of defamatory nature of a statement is its tendency to excite against the Plaintiff the adverse opinion of others, although no one believes the statement to be true. Another test is: would the words tend to lower the Plaintiff in the estimation of right thinking members of society generally? The typical type of defamation is an attack upon the moral character of the Plaintiff attributing crime, dishonesty, untruthfulness, ingratitude or cruelty.
Mahkamah mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Defendan mengandungi kenyataan yang membawa kepada pengertian bahawa Plaintif adalah seorang yang keji (vile), pembohong dan pendosa, serta terlibat di dalam satu kematian adalah kenyataan yang boleh membawa implikasi fitnah dan merendahkan kedudukan Plaintif di mata masyarakat.

ii) Mahkamah telah menilai perwatakan dan keterangan yang diberikan oleh ibu kepada bayi yang meninggal dunia tersebut dan Mahkamah mendapati bahawa bahawa beliau adalah jujur dan berterus-terang (forthright) dan tidak membuat sebarang putar belit fakta (embellishing the facts). 

Keterangan si ibu tersebut adalah keterangan terbaik untuk dinilai kerana ianya berdasarkan pengetahuan secara lansung selaras dengan Akta Keterangan.
On the assessment and evaluation of PW2, I found here to be forthright, and I appreciated the fact that she did not attempt to embellish or varnish her testimony. She was earnest in her explanation, and did not strike me as someone whose evidence I had to view with circumspection. Her evidence remained intact even after cross-examination. Discrepancies in her evidence, if at all, were explained, and on the whole, she was a convincing witness. In facts, as the mother of the baby who had died, PW2's testimony was the best evidence, as it was direct and based on her personal knowledge, pursuant to section 60 of the Evidence Act 1950.
Selain daripada keterangan si ibu diperkuatkan lagi oleh keterangan yang diberikan oleh suami beliau, iaitu bapa kepada bayi yang meninggal tersebut, Mahkamah turut mendapati bahawa si ibu tidak mempunyai sebarang sebab untuk menyembunyikan sebarang fakta.

iii) Mahkamah turut menilai perilaku Defendan sendiri di mana Mahkamah mendapati, apabila memberikan keterangan, pada ketika tertentu, beliau teragak-agak (unequivocated) dan mengelak (evasive). 

Mahkamah turut mendapati bahawa pendirian peribadi Defendan terhadap home birth yang tidak diawasi secara perubatan (medically unsupervised home birth) telah sedikit sebanyak mengelabui (clouded) pertimbangan dan pandangan beliau.
The Defendant, on the other hand, whilst testifying, equivocated on several occasions, and was evasive. I found here to be extremely combative, and adamant that she was right, in spite of incontrovertible evidence that refuted her claims.... Her personal beliefs and opinion on medically unsupervised home births clouded her judgment and provided her with a jaundiced view of doulas in general, and the Plaintiff in particular. At the expense of proving her point in Court, she had contradicted herself on several occasions. I took a dim view of both her demeanour as well as her testimony in Court, which was laced with patronising and caustic undertones, as she even suggested that PW2 was not telling the truth. As such, both her credit and credibility were severely compromised. 
iv) Untuk menggunakan pembelaan ulasan yang adil (fair comment), perkara penting yang akan dinilai oleh Mahkamah adalah samada ulasan tersebut dibuat dengan adil. Adil disini menurut Mahkamah, bermaksud, ianya tidak dibuat dengan sebarang niat yang tidak baik (malice). 

Niat yang tidak baik boleh disimpulkan melalui kelakuan seseorang yang membuat komen tersebut terutamanya dengan menilai samada beliau telah memanfaatkan semua kaedah untuk mendapatkan maklumat bagi mendapatkan pengesahan maklumat yang diperolehi ataupun tidak melakukannya.
Thus, malice may be inferred from the Defendant's conduct from "availing himself of means if information which lay at hand when the slightest inquiry would have shown the true situation, or where he deliberately stopped short in his inquiries in order not to ascertain the truth.. A fundamental issue in this case, therefore, was whether the Defendant had in fact abstained from inquiring into facts, something which, if done, would have provided an accurate account of the baby's death. In my view, the Defendant had abstained from that crucial exercise and as such, had failed to establish an absence of malice.
8. Sebagai kesimpulan, kita perlu memahami bahawa kes ini tidak beerti Mahkamah menggalakkan atau menentang proses melahirkan anak di rumah tanpa pengawasan perubatan. Ianya adalah isu yang berbeza sama sekali.

9. Malah Pesuruhjaya Penghakiman di Mahkamah Tinggi, di dalam keputusan beliau telah dari mula menyatakan bahawa walaupun kes ini melibatkan pertikaian di antara seorang doula dengan seorang doktor perubatan, ianya tidak melibatkan persoalan samada proses kelahiran dirumah tanpa pengawasan perubatan itu dipersetujui (condoned) atau ditentang (condemned). Ianya isu yang berasingan.
doula masyitah sakinah sulong
10. Di dalam kes ini, apa yang dinilai oleh Mahkamah adalah perbuatan fitnah dan bukannya tindakan home birth itu sendiri. Masyarakat perlu faham perkara ini bagi mengelak sebarang salah faham atau salah tanggapan terhadap Mahkamah.

11. Di dalam kes ini, pembelaan yang digunakan oleh Defendan adalah justifikasi (justification) dan ulasan yang adil (fair comment). Apakah jenis-jenis pembelaan lain yang ada untuk seseorang yang dituduh memfitnah seseorang yang lain? Baca DI SINI.

12. Kemaskini kes setakat 02.05.2023 - Defendan telah memfailkan Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan ini. Mahkamah Rayuan telah bersidang pada 02.05.2023 dan telah memutuskan, di antara lainnya, untuk menolak rayuan terhadap liabiliti Defendan namun mengurangkan amaun pampasan Gantirugi Am daripada RM100,000.00 kepada RM30,000.00. Kesimpulan ringkas: Keputusan berlakunya Fitnah sebagaimana yang diputuskan di Mahkamah Tinggi adalah dikekalkan namun amaun pampasan telah dikurangkan. Klik untuk muat turun Laporan Kes.

13. Kemaskini setakat 25.08.2023 - Pihak Plaintif yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang menurunkan amaun Gantirugi Am daripada RM100,000.00 kepada RM30,000.00 dan menolak Gantirugi Punitif, telah memfailkan permohonan memohon kebenaran untuk memfailkan Rayuan ke Mahkamah Perseketuan. Namun setakat tarikh rencana ini dikemaskini, permohonan Plaintif tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan dan keputusan Mahkamah Rayuan adalah dikekalkan. 

14. Bagaimana untuk memulakan tindakan saman malu / fitnah? Baca DI SINI. Apakah perbezaan di antara libel dan slander? Baca DI SINI. Bagaimana pula kalau anda di saman? Apa perlu anda lakukan? Baca DI SINI

saman fitnah

Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah dan cepat samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

SIRI RENCANA SAMAN MALU

i) Apa itu Saman Malu?

ii) Bagaimanakah cara untuk memfailkan Saman Malu? 

iii) Apakah cara melawan Saman Malu dan apakah pembelaan yang anda ada?

iv) Apa dokumen yang perlu ada untuk mulakan saman malu?

v) Kos peguam Saman Malu?

vi) Pampasan dan gantirugi Saman Malu / Fitnah?

vii) Fitnah media sosial (facebook, twitter, instagram)

IMAGE ATTRIBUTES
Icons in img2 made by Freepik from www.flaticon.com
Icons in img1 and img3 made by Vecteezy
 Lawyers Diary and Lawyers Notation Pad: Amazon

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.