>

KANDUNGAN NOTIS TUNTUTAN SAMAN MALU DAN KEPENTINGANNYA

saman fitnah



 NOTIS TUNTUTAN SAMAN MALU. APA KANDUNGANNYA?

1. Lazimnya sebelum sesuatu saman difailkan di Mahkamah untuk sebarang tindakan, termasuklah tindakan saman malu / fitnah, peguam akan mengeluar dan menyerahkan sesalinan satu dokumen yang dipanggil sebagai Notis Tuntutan. 

2. Apakah kandungan di dalam sesuatu Notis Tuntutan Saman Malu / Fitnah dan apakah kepentingan dokumen ini?

3. Notis Tuntutan Saman Malu adalah suatu dokumen berupa surat yang mengandungi tuntutan daripada anda kepada individu yang memfitnah anda. Tuntutan ini lazimnya akan disertakan dengan tempoh masa, selalunya 7 atau 14 hari, untuk individu tersebut memberikan maklum balas terhadap tuntutan tersebut.

4. Maklum balas tersebut mungkin di dalam bentuk penafian, perakuan atau pengabaian terus tuntutan (tidak dijawab). Sekiranya terdapat penafian atau pengabaian, maka anda mempunyai pilihan untuk terus memfailkan Saman Malu di Mahkamah. Sekiranya terdapat pengakuan maka ada kemungkinan yang tinggi perkara tersebut tidak di bawa ke Mahkamah.

5. Notis Tuntutan Saman Malu pada kebiasaannya mengandungi beberapa kandungan. Yang pertamanya adalah fakta ringkas fitnah yang telah tersebar dan petikan kenyataan yang anda dakwa sebagai fitnah. Keduanya adalah tuntutan permohonan maaf secara terbuka (atau sebaliknya, terpulang kepada anda) samada melalui media sosial atau iklan akhbar. Ketiganya adalah tuntutan gantirugi berbentuk kewangan dan keempatnya masa yang perlu diikuti oleh individu tersebut untuk memuaskan dan menuruti (to satisfy and comply) tuntutan anda.

6. Mengapa Notis Tuntutan ini penting? Ianya bagi membolehkan dua pihak bertelagah untuk cuba menyelesaikan pertelingkahan di luar Mahkamah sebelum memulakan sebarang proses tindakan. Sekiranya tuntutan dapat dituruti maka ini akan menjimatkan masa dan yang paling penting kos yang perlu anda keluarkan untuk memfailkan saman.

7. Seperti yang anda tahu, kos untuk pemfailan saman malu / fitnah bukannya murah. Ianya boleh mencecah 5 ke 6 angka bergantung kepada fakta dan komplikasi kes. Melainkan anda mempunyai poket yang dalam, sudah pastinya anda ingin mendapatkan kepastian bahawa tindakan saman adalah pilihan terakhir dan tindakan yang terpaksa anda ambil.

notis tuntutan saman malu

Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah dan cepat samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW

Hubungi kami di 0129797494 (9.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja) atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

SIRI RENCANA SAMAN MALU

i) Apa itu Saman Malu?

ii) Bagaimanakah cara untuk memfailkan Saman Malu? 

iii) Apakah cara melawan Saman Malu dan apakah pembelaan yang anda ada?

iv) Apa dokumen yang perlu ada untuk mulakan saman malu?

v) Kos peguam Saman Malu?

vi) Pampasan dan gantirugi Saman Malu / Fitnah?

vii) Fitnah media sosial (facebook, twitter, instagram)

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.